Catullus 16

Catullus 16 atau Carmen 16 ialah puisi oleh Gaius Valerius Catullus (s. 84 SM – s. 54 SM). Puisi ini ditulis dalam matra sebelas suku kata dan sangat lucah sehinggakan selepas ia ditemui semula selepas berabad-abad, ia tidak pernah diterjemahkan secara penuh ke bahasa Inggeris sehinggalah abad ke-20.[1] Baris pertamanya, Pēdīcābo ego vōs et irrumābō ("Aku akan meliwat dan merodok mukamu"), yang kadangkala digunakan sebagai tajuknya, telah dianggap "antara ungkapan paling kotor yang pernah ditulis dalam bahasa Latin—atau mana-mana bahasa juga".[2]Carmen 16 adalah penting dalam bidang sejarah susastera kerana ia ditapis disebabkan kelucahannya, tetapi juga kerana puisi ini mempersoalkan sekiranya hidup peribadi seorang penyair berkait dengan seninya.[3] Penyair-penyair Latin selepas beliau merujuk puisi ini bukan kerana bahasa cabulnya tetapi sebagai karya penting tentang kebebasan bersuara dan perbincangan perkara-perkara tabu yang mencabar norma tatasusila budaya atau moral pada zaman itu. Ovid,[4] Pliny yang Muda,[5] Martial[6] dan Apuleius[7] semuanya menggunakan Catullus sebagai contoh untuk menegaskan bahawa walaupun penyair patut menjaga maruah diri, puisi-puisinya tidak patut dikekang.[8] 

Rujukan

WikiPedia: Catullus 16 http://digitalcommons.unl.edu/cgi/viewcontent.cgi?... http://digitalcommons.unl.edu/cgi/viewcontent.cgi?... https://web.archive.org/web/20070314044007/http://... https://web.archive.org/web/20180414211207/https:/... https://web.archive.org/web/20100709130934/http://... https://web.archive.org/web/20070314044007/http://... https://web.archive.org/web/20120306070021/http://... https://web.archive.org/web/20060901043421/http://... https://web.archive.org/web/20060716011857/http://... https://web.archive.org/web/20060618211448/http://...